SELAMAT DATANG

Warung Minang Sri Selera terletak di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang. Warung kami telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas. Kami menyediakan pelbagai hidangan masakan lauk pauk minang asli dan juga pelbagai jenis minuman. Waktu operasi kami bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga jam 10 malam setiap hari. Kami menerima berbagai jenis tempahan makanan untuk sarapan pagi sehinggalah makan malam. Harga yang ditawarkan oleh kami adalah sangat berpatutan. Ini dibuktikan dengan kehadiran ramai pengunjung dari pelbagai tempat ke warung kami setiap hari dan diantaranya adalah artis-artis terkenal.




Menu kami yang utama dan paling banyak mendapat permintaan dan liputan media adalah 'Sup Tulang' yang dihasilkan dengan menggunakan rempah ratus rahsia kami. Antara menu menarik lain yang kami sediakan adalah bakso, bihun sup, ayam goreng berlada, ikan goreng berlada, kari ayam minang, pelbagai kuih muih dan cendol.



Kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke warung kami untuk merasai sendiri hidangan yang disediakan oleh kami sambil menikmati suasana dingin flora dan fauna disekeliling warung. Tempahan untuk pelbagai jenis majlis juga diterima.

Klik untuk besarkan